Sejak hampir dua dekad lalu, peminat permainan video menantikan satu pengumuman yang seolah-olah mustahil: Half-Life 3. Namun, tahun 2025 mungkin menjadi tahun bersejarah dalam dunia gaming. Beberapa petunjuk terkini dari Valve dan komuniti peminat memberi harapan besar bahawa Half-Life 3 mungkin akan dilancarkan tahun ini.
Valve, syarikat di sebalik siri permainan Half-Life, baru-baru ini mengemaskini beberapa fail dalam SteamDB, termasuk satu projek misteri dengan kod nama “Citadel”. Lebih menarik, beberapa fail tersebut menunjukkan perkataan ‘hl3’ dan rujukan kepada Source 2 – enjin grafik terkini milik Valve.
Selain itu, Beberapa bekas pekerja Valve secara tidak langsung menyebut projek “besar” yang telah dibangunkan sejak beberapa tahun lalu. Pemilik Valve, Gabe Newell, ketika ditanya tentang Half-Life 3 dalam satu acara tertutup, menjawab: “I’ve seen some exciting things internally.”
Walaupun Valve terkenal dengan sikap diam seribu bahasa, petunjuk terkini memang memberi harapan baru. Sama ada ianya teori liar peminat atau benar-benar satu kejutan besar dari Valve, satu perkara pasti – komuniti gaming kini dalam mode bersiap sedia.
Adakah tahun ini akhirnya kita dengar: “Half-Life 3 is coming”?
Kita hanya boleh tunggu... dan berharap.
Apa pendapat anda? Adakah Half-Life 3 akan muncul tahun ini? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen!

Comments
Post a Comment